ARTIKEL

Sukma 2024: SAHA harap bola baling dipertandingkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA) amat berharap acara sukan bola baling dapat terpilih sekali gus tersenarai dalam acara sukan pilihan untuk dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Setiausaha Agungnya, Dr Abang Ismail Abang Haji Julhi memberitahu, mandat Sarawak selaku tuan rumah untuk temasya berprestij negara itu harus dimanfaat sepenuhnya.

“Apatah lagi komitmen pihak kita yang mampu menyedia pasukan terbaik bagi menghadapi kejohanan itu kelak.

“Saya yakin acara sukan ini mampu menjadi penyumbang pingat buat kontinjen Sarawak,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, penampilan pasukan bola baling Sarawak dalam setiap kejohanan disertai sememangnya begitu baik sekali.

“Berpandu kepada rekod, sukan ini semakin pesat membangun.

“Paling membanggakan sekali, Sarawak berjaya meraih pingat emas (kategori wanita) dan pingat perak (kategori lelaki) pada Sukan Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) baru-baru ini,” tambah beliau.

Tidak hanya itu, Sarawak juga berjaya meraih pingat gangsa pada Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah 2022.

“Begitu juga dengan Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak tahun lepas, pasukan lelaki dan wanita masing-masing berjaya meraih pingat emas dan perak,” ujarnya.

Begitu juga dengan perjalanan program sepanjang tahun, pihaknya turut menganjurkan kejohanan selain kursus jurulatih serta pengadil.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan