ARTIKEL

MEMBANGGAKAN... Ahmad ditemani isteri merakam kenangan bersama-sama Pasukan Berbasikal Sarawak. | Foto FB Ahmad Ibrahim

SUKMA 2026: Ahmad bangga pencapaian Pasukan Berbasikal Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Berbasikal Sarawak membuktikan keupayaan mereka di pentas persaingan apabila berjaya meraih tiga pingat emas dan empat gangsa.

Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kejayaan berkenaan hasil usaha, disiplin, pengorbanan, kesabaran dan semangat tidak mudah berputus asa yang ditunjukkan atlet serta barisan kejurulatihan.

Beliau yang diberi amanah sebagai Penolong Ketua Kontinjen (ACDM) bagi Pasukan Berbasikal Sarawak sejak 2018 berkata sepanjang tempoh itu, beliau menyaksikan sendiri jatuh bangun pasukan berkenaan sehingga berkembang menjadi pasukan yang semakin kuat dan kompetitif.

“Saya amat bangga melihat bagaimana Pasukan Berbasikal Sarawak terus berkembang, semakin kuat dan semakin kompetitif. Apa-apa yang kita capai hari ini bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata.

“Ia hasil usaha, disiplin, pengorbanan, kesabaran dan semangat untuk tidak pernah berputus asa,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebooknya hari ini.

Ahmad merakamkan tahniah kepada semua atlet yang berjaya menyumbang pingat, sambil menyifatkan kejayaan mereka sebagai kebanggaan seluruh Sarawak.

Pada masa sama, beliau menghargai jasa jurulatih, penolong jurulatih, pengurus pasukan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk serta memperkukuh pasukan berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat