SELANGOR: Kontinjen Sarawak akhirnya berjaya memperoleh pingat emas apabila atlet teakwondo, Allexandre Axcell Juntan, 19 mencetak nama selaku penyumbang pingat utama terbabit.
Anak jati kelahiran Bintulu berbangsa Iban/Kayan itu memuktamadkan pingat emas miliknya selepas menumpaskan Thiban Raj A/L Nagalingam dari Wilayah Persekutuan hasil kemengan (2-1) menerusi kategori Bantamwegiht 63kg Kebawah pada aksi final yang berakhir sebentar tadi.
“Cukup gembira dengan kejayaan beroleh pingat emas.
Secara peribadinya, saya amat berpuas hati kerana berjaya menukar pingat gangsa yang dimenangi pada Sukma 2024 kepada pingat emas hari ini,” ujar Allexandre ketika ditemui selesai perlawanan.
Beliau akui, kerja keras selama mengabadikan diri dengan latihan selama ini sememangnya berbaloi.
Kejayaan Allexandre Axcell turut dikongsi sama kedua orang tuanya, Juntan Mujap dan Diana Nyipa yang turut sama menyaksikan perlawanan membabitkan anaknya itu.



