ARTIKEL

LEBIH BERSEMANGAT... Datuk Johnny Ting (tengah) bersama petinju dan pegawai di LTAK malam tadi. – FOTO FAIZAL BUJANG

SUKMA 2026: Peningkatan ketara prestasi petinju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurus skuad tinju Sukma Sarawak, Datuk Johnny Ting Su King, berpuas hati dengan peningkatan prestasi petinju ketika ini.

Beliau membuat kesimpulan bahawa amat berbaloi pendekatan yang dilakukan pihaknya dengan membawa petinju menjalani latihan intensif di Thailand selama tiga minggu.

Sekali gus, ia menjadi penanda aras terbaik untuk menyaksikan petinju terbabit kini siap siaga menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

“Kita berpuas hati dengan peningkatan prestasi dalam kalangan petinju semua.”

“Perancangan membawa mereka berlatih selama tiga minggu di Thailand yang sesungguhnya memberi impak positif,” ujar Johnny yang ditemui Arena Suara Sarawak setibanya beliau bersama rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) malam tadi.

Johnny yang juga Timbalan Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berkata, banyak aspek diperoleh atau dipelajari petinju sepanjang berada di negara gajah putih itu.

Lebih membanggakan, katanya, keupayaan sebenar mereka turut diuji menerusi aksi persahabatan menentang petinju yang jauh lebih berpengalaman di sana.

Ketua jurulatih, Mohamad Helman Morni, turut berpandangan sama.

Tegas Helman, pengalaman dan ilmu yang diperoleh kesemua petinju selama mengabadikan diri di Thailand selama tiga minggu amat berguna sekali.

“Kita berharap petinju akan dapat menterjemah segala apa yang diperoleh di Thailand ke pentas sebenar kejohanan kelak, lantas dapat merealisasikan misi pemburuan pingat sebagaimana disuarakan sebelum ini,” jelas Helman.

Pada temasya SUKMA 2024 yang berlangsung di Sarawak, skuad tinju berjaya meraih 11 pingat keseluruhan, empat emas, empat perak dan tiga gangsa.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU