ARTIKEL

REBUT... Antara sebahagian aksi pemain Sarawak ketika menentang Negeri Sembilan sebentar tadi. - FOTO MOHD. ALIF NONI

SUKMA 2026: Polo air wanita Sarawak mara ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Pasukan polo air wanita Sarawak berjaya melangkah ke final bagi perebutan pingat emas dan perak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Kemaraan anak buah Lau Kum Weng ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung Isnin nanti hadir selepas menumpaskan Negeri Sembilan 20-11 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Pusat Akuatik Selangor sebentar tadi.

Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut pasukan terbabit.

“Kemenangan yang cukup bermakna bagi kami untuk mara ke perlawanan akhir Isnin depan.

“Syabas dan tahniah kepada pemain kerana berjaya mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan tadi,” ujar Lau ketika ditemui selepas perlawanan.

Pada perlawanan akhir kelak, Sarawak sekali lagi akan menentang Selangor di gelanggang sama.

Menurut Lau, beliau mengingatkan pemainnya supaya tidak terlalu yakin untuk menumpaskan Selangor pada perlawanan akhir kelak.

“Walaupun pertemuan di peringkat kumpulan beberapa hari lepas pasukannya berjaya mengatasi Selangor dengan kemenangan tipis 10-9.

“Rekod pertemuan lepas tidak boleh dijadikan ukuran, malah saya percaya lawan akan memberi tentangan sengit,” tambah Lau.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU