ARTIKEL

SEKADAR PERAK... Nura’isyah Ahmad Adam. | FOTO UKAS

SUKMA 2026: Sarawak sekadar sumbang pingat perak dalam silat Solo Kreatif Wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Hasrat Nura’isyah Ahmad Adam, 20 untuk menghadiah pingat emas buat kontinjen Sarawak tidak kesampaian apabila beliau tewas ditangan Puteri Zharifah Shah Nazira dari Perak pada aksi final silat kategori Solo Kreatif Wanita yang berlangsung di Dewan Seri Sarjana UNITEN sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Nura’isyah mengutip 9.885 mata untuk berpuas hati dengan pingat perak.

Berbanding, Puteri Zharifah Shah Nazira yang meraih 9.91 mata untuk pingat emas.

“Memang bukan rezeki saya untuk menyumbang emas untuk Sarawak,” ujarnya ketika ditemui selesai perlawanan.

Menurut Nura’isyah, beliau reda dengan keputusan tersebut dan menerimanya secara terbuka.

Apa pun, beliau tetap menyifatkan kejayaan memenangi perak sebagai pencapaian terbaik sepanjang penglibatannya di temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

“Pada SUKMA 2024, saya tersingkir awal. Kali ini Alhamdullillah ada rezeki untuk menang perak.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, jurulatih dan kerajaan Sarawak atas peluang yang diberikan ini,” katanya.

Ditanya sasaran selepas ini, Nura’isyah berharap diberi peluang mewakili negara suatu hari kelak.

Secara keseluruhannya, acara silat seni berjaya menyumbang satu perak dan satu gangsa untuk Kontinjen Sarawak ketika ini.

Gangsa Sarawak disumbangkan oleh Sofyan Syah Zainal dan Mohamad Syafiq Abdullah dalam acara Ganda Putera.

Sementara itu, jurulatih Sarawak Mohammad Nazri Saiful Bahri berpuas hati dengan pencapaian pesilatnya itu.

Ujarnya, kejayaan atlet melangkah ke peringkat final sudah dikira bonus sambil menyifatkan mereka telah memberikan yang terbaik menghadiahkan pingat untuk Sarawak.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan