ARTIKEL

Mordi ketika ditemui media pada Program Sukan Rakyat KDJA di Dewan Sekolah Menengah Chung Hua No. 4, di sini, hari ini.

SUKMA dinilai pada kelancaran, bukan skala majlis – Mordi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXI perlu diukur berdasarkan kelancaran acara sukan dan bukannya kemeriahan majlis pembukaan atau penutup, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol.

Beliau mengakui, majlis pembukaan SUKMA kali ini kurang meriah berbanding penganjuran terdahulu di Sarawak, namun perkara itu tidak menjejaskan keseluruhan temasya.

Pelbagai faktor termasuk perkembangan geopolitik dan politik global perlu diambil kira dalam menilai suasana majlis pembukaan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sukan Rakyat KDJA di Dewan Sekolah Menengah Chung Hua No. 4, di sini, hari ini.

Mordi yang turut menghadiri majlis pembukaan berkata, beliau secara peribadi melihat acara itu berlangsung dengan baik dan tidak timbul sebarang isu.

Menurutnya, pendekatan berkenaan selaras dengan titah Sultan Selangor supaya aspek kesederhanaan diberi penekanan dalam penganjuran temasya, termasuk majlis pembukaan dan penutup.

Mengenai pembangunan sukan berbasikal di Sarawak, Mordi berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terbuka untuk meneliti cadangan Kerajaan Sarawak, termasuk pembangunan kemudahan berbasikal seperti velodrom.

Katanya, kemudahan berkenaan penting bagi menyokong pembangunan sukan berbasikal yang masih mempunyai ruang untuk diperkembangkan di Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU