ARTIKEL

Datuk Gerald Rentap Jabu ketika ditemui media di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Datuk Richard Wee - GAMBAR: GHAZALI BUJANG

SUKMA Sarawak: Kemudahan sukan siap 60 peratus, atlet 70 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persiapan fasiliti sukan Sarawak selaku tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 berjalan lancar dengan kelengkapan sudah mencapai 60 peratus siap.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, manakala persediaan para atlet sudah mencapai 70 peratus.

“Tinggal 190 hari sahaja lagi, jadi kita mahukan semua persiapan dilakukan sebaik mungkin supaya saingan berjalan lancar.

“Kita juga akan meneliti semula senarai akhir atlet yang bakal mewakili Sarawak dalam kejohanan dwitahunan ini menjelang akhir bulan Februari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) di kediaman Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak (SFCA) Datuk Richard Wee, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap agar para peminat sukan khususnya juga membantu dengan memberikan sokongan padu menjelang saingan itu kelak.

“Di samping itu, kita mahu semua pihak termasuk media dan orang awam memainkan peranan masing-masing sebagai tanda sokongan padu dalam memastikan kontinjen Sarawak memenangi temasya ini, khusus memungut banyak pingat emas,” ujarnya.

Sarawak dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Sukma edisi ke-21 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Sebelum ini, Sarawak pernah menjadi tuan rumah kepada temasya sukan terbesar negara iaitu bagi edisi 1990 dan 2016.

Sarawak memperuntukkan RM124 juta untuk membaik pulih fasiliti sukannya. Selain itu, RM80 juta juga telah disediakan kerajaan negeri untuk persiapan barisan atlet.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU