ARTIKEL

Datuk Sri Abdul Karim (kanan) melakukan pukulan sebagai simbolik perasmian Stadium Kriket Sarawak. - FOTO GHAZALI BUJANG

SUKMA XXI 2024:Cetusan semangat tambahan buat skuad kriket

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cetusan semangat tambahan buat pemain skuad kriket Sarawak dalam mengharungi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 yang berlangsung 17-24 Ogos ini.

Ia berikutan saingan membabitkan acara sukan berkenaan berlangsung di stadium baharu (Stadium Kriket Sarawak) yang terletak dikawasan Perkampungan Sukan Sarawak, Petra Jaya.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan, adanya stadium kriket baharu itu pasti menghadir semangat tambahan kepada pemain kriket sama ada dari kem lelaki mahupun wanita.

“Kredit berganda untuk pemain skuad kriket Sarawak tatkala menghadapi temasya Sukma XXI 2024 apabila beraksi di stadium baharu.

“Kita berharap ia dapat mencetus semangat tambahan kepada mereka (pemain),” ujar Datuk Sri Abdul Karim.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Stadium Kriket Sarawak, Petra Jaya pagi tadi.

Sejajar penggunaan stadium baharu itu, Datuk Sri Abdul Karim juga berharap pemain dari skuad kriket dapat menampilkan aksi terbaik pada saingan sebenar.

Sekali gus, mengharap ia mampu mencetus aura kearah pemburuan sebarang pingat buat kedua-dua pasukan kriket Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU