KUCHING: Kelly Yao Teo terus menempa nama bagi skuad renang Sarawak setelah memenangi pingat emas kelimanya dalam acara 400m gaya bebas wanita, temasya Sukan Malaysia (SUKMA), hari ini.
Merekodkan catatan masa 4:31.85s, Kelly meninggalkan atlet dari Selangor, Khew Zi Xian dengan catatan masa 4:34:26s dan Chu Xin Ying Chu dengan catatan masa 4: 38:05s dari Sabah di kedudukan ketiga.
Sebelum ini Kelly memenangi empat emas bagi acara renang 800m gaya bebas wanita; 200m gaya kuak lentang wanita; 400m rampaian perseorangan wanita dan 200m gaya bebas wanita.
Pada acara hari ini, Kelly turut memenangi pingat perak bersama-sama gandingannya Cheeren Ngo Rui, Magdalenen Ing Siew Lau dan Shanise Jauwa Joseline Adong bagi acara 4 X 200m gaya bebas wanita.
Setakat hari ini, acara akuatik temasya SUKMA XXI mencatatkan 15 emas, tiga perak dan tujuh gangsa.



