SELANGOR: Skuad Silambam Sarawak menamatkan penantian 13 tahun untuk meraih pingat dalam acara kutuvarasai tanpa senjata pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026 selepas Vynya Sira Megan berjaya meraih pingat gangsa dalam acara berkenaan hari ini.
Kejayaan turut diraikan Penolong Ketua Kontinjen Silambam, Rodiyah Sapiee dan Pengurus Silambam, Sivanesan Sanmugalingam.
Menurut Rodiyah, kejayaan Vynya menunjukkan peningkatan skuad Silambam berbanding edisi SUKMA sebelum ini yang berlangsung di Sarawak, apabila pasukan itu gagal meraih sebarang pingat dalam keempat-empat kategori yang disertai.
Sementara itu, Sivanesan berkata kejayaan tersebut menjadi permulaan positif buat skuad Silambam dan diharap dapat menyuntik semangat kepada atlet lain untuk terus memburu pingat.
“Kami berharap dapat kembali menaiki podium dan masih memburu pingat emas pertama.
“Sasaran kami kekal sama iaitu dua emas, dua perak dan dua gangsa.
Kami masih berada di landasan terbaik untuk mencapainya,” katanya.



