ARTIKEL

SEBAGAI KENANGAN... Datuk Rahman Lariwoo (kanan) dan Sapok Biki (kiri) merakam gambar bersama pemenang. | FOTO MOHD. ALIF NONI

SUKSAR III: SABA kenal pasti petinju baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Barisan petinju berpotensi yang dikenal pasti sepanjang berlangsungnya temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 akan dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat yang akan di Kuching pertengahan bulan Februari depan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo menyifatkan latihan pusat terbabit merupakan pentas terakhir pihaknya sebelum memuktamad senarai nama petinju yang akan mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

“Pihak kita sudah mengenal pasti petinju berpotensi dari kejohanan kali ini.

“Mereka akan dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat di Kuching pada pertengahan bulan depan” ujar Rahman yang ditemui Arena Suara Sarawak.

Menurut Rahman, kelibat petinju yang menyertai kem latihan itu kelak akan dipantau barisan jurulatih sedia ada termasuk jurulatih dari skuad kebangsaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU