ARTIKEL

HEBAT... Pemain skuad futsal lelaki dan wanita Zon Selatan. | FOTO MOHD. ALIF NONI

SUKSAR III: Zon Selatan rampas kedudukan pendahulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kontinjen Zon Selatan (Kuching, Kota Samarahan, Serian) merampas kedudukan selaku pendahulu kutipan pingat hari ketiga temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023.

Menggumpul 106 pingat keseluruhan dengan 49 emas, 29 perak dan 28 gangsa, menamat seketika penguasaan dua hari berturut-turut kontinjen Zon Utara (Bintulu, Miri, Limbang) yang turun ditangga kedua dengan 41 pingat emas, 39 perak dan 48 gangsa untuk pingat keseluruhan 128 pingat.

Pesaing terdekat, Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit) masih lagi kekal di kedudukan ketiga dengan 120 pingat keseluruhan, 35 emas, 42 perak dan 43 gangsa.

Berbanding kedudukan kontinjen Zon Barat (Sri Aman, Betong, Sarikei) di kedudukan keempat dengan 53 pingat keseluruhan, 6 emas, 18 perak dan 29 gangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan melihat pertembungan sengit akan terus berlaku terutama membabitkan dua kedudukan teratas ketika ini.

“Masih ada beberapa acara sukan berlangsung semalam, dan saya percaya atlet kedua-dua pasukan di tangga teratas akan terus berusaha peroleh pingat emas untuk mengubah kedudukan sedia ada,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan