ARTIKEL

SUKSAR IV 2026: Skuad Takraw Zon Barat Sasar Separuh Akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Skuad sepak takraw wanita Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman) siap sedia untuk mengharungi gelora sebenar temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 yang akan berlangsung di Sri Aman dan Betong bermula dari 3 hingga 9 Februari depan.

Skuad berkenaan menetapkan sasaran untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik (separuh akhir).

Menurut jurulatih berpengalaman luas yang juga anak jati kelahiran Kabong, Mohd. Rushdi Sani, mereka bakal tampil dengan kekuatan berbeza.

“Kita mempertaruhkan seramai 14 pemain pada temasya itu kelak.

“Himpunan pemain terpilih kali ini gabungan atlet berpengalaman serta muka baharu yang berbakat di bawah program pembangunan sepak takraw wanita Bahagian Betong dan pembangunan sepak takraw Zon Barat Maradong,” ujar Rushdi kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menyatakan, persiapan pasukannya berjalan lancar meskipun berdepan kekangan masa yang singkat.

“Meskipun persiapan pasukan berdepan masa singkat, namun saya yakin akan keupayaan pemain yang akan dipertaruhkan pada temasya itu kelak mampu menampilkan aksi terbaik,” kata Rushdi.

Untuk rekod, kem kendaliannya pada SUKSAR III di Sibu sebelum ini berjaya meraih tiga pingat keseluruhan iaitu emas menerusi acara quardrant, perak menerusi acara beregu dan gangsa dari acara regu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU