ARTIKEL

SELAMAT DATANG...Sultan Pahang diiringi Tun Wan Junaidi (kiri) dan Abang Johari (tengah) mencemar duli ke Majlis Santapan Malam Sempena Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda ke Sarawak di Hotel Sheraton, di sini, malam tadi. Foto Ramidi Subari

Sultan Pahang berkenan hadir Majlis Santapan Malam di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Malam Sempena Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda ke Sarawak di Hotel Sheraton, di sini, malam tadi.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta tetamu kehormat lain.

RAMAH… Sultan Pahang (kanan) berbual dengan Tun Wan Junaidi (kiri) ketika berangkat meninggalkan majlis makan malam. Turut kelihatan Abang Johari. Foto Ramidi Subari

Dalam Majlis Santapan Malam, baginda berkenan menyaksikan Tayangan Video Khas: Pahang Dan Sarawak, Sulaman Kasih Dua Persada, yang memaparkan tentang Kembara Kenali Borneo yang disertai baginda pada September 2023, yang bermula dari Tawau, Sabah hingga ke Telok Melano, Sematan.

Bagi menutup tirai majlis itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan finale yang menjadi simbol kesepakatan kekuatan budaya dan rasa bangga anak Sarawak iaitu Joget Jinak Merpati dan Berkikis Bulu Betis.

Terdahulu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah selamat berangkat tiba di Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), sekitar 11.45 pagi semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Baginda dijadualkan mencemar duli menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Sultan Abdullah, Telok Melano, hari ini sebelum berkenan menyempurnakan perasmian masjid berkenaan.

Masjid tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri buat Sultan Pahang apabila baginda berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah masjid berkenaan pada 13 September 2023 semasa pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Usai majlis berkenaan, baginda turut berkenan menanam anak pokok ‘Bauhinia Purpurea’ di pekarangan masjid sebelum mencemar duli bersiar di Pantai Telok Melano dan berkenan bergambar di titik 0.00 Lebuhraya Pan Borneo.

Baginda dijadualkan berangkat pulang ke Pahang pada Sabtu dari LTAK ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU