Sumbangan MRP bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak

SARIKEI: Sebanyak 41 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan 29 sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.45 Repok menerima sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii di Pusat Khidmat DUN Repok, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Huang berkata, sumbangan geran berkenaan bertujuan membantu pihak sekolah dan NGO mengadakan program di kawasan masing-masing.

“Sumbangan MRP ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak yang diterajui oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Sekolah menengah dan rendah masing -masing menerima RM10,000 dan RM5,000. Malah beberapa buah sekolah di kawasan Meradong yang bersempadanan dengan Repok jugamenerima RM2,000.

Huang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada kita. Justeru manfaatkanlah peruntukan yang disalurkan ini sebaik mungkin demi kepentingan bersama ,” katanya.

Huang berkata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited menerusksn agenda pembangunan bagi memastikan kawasan Repok terus membangun.

Malah katanya, usaha itu meliputi penyediaan kemudahan asas yang merupakan salah fokus utama Kerajaan Sarawak membangunkan kawasan pedalaman dan luar bandar

“Oleh itu, rakyat perlu memberikan sokongan padu terhadap kerajaan GPS dalam melaksanakan program pembangunan selain memperjuang keperluan dan hak Sarawak,” ujarnya.

Antara Pertubuhan NGO yang menerima sumbangan.