ARTIKEL

SERAH... Datuk Tay Yong Hock (kiri) menyerahkan barangan sumbangan kepada salah seorang penduduk.

Sumbangan ringankan beban asnaf di Kampung Tabuan Dani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah penduduk Kampung Tabuan Dani, Tabuan Park dan Muara Tabuan apabila menerima sumbangan barangan keperluan asas.

Barangan keperluan berupa beras dan gula tersebut disumbangkan oleh syarikat Ma Hung Foodstuff Sdn. Bhd.

Majlis penyerahan yang berlangsung di Surau Darul Hassanah, Tabuan Dani di sini disempurnakan oleh Pengarah Ma Hung Foodstuff Sdn. Bhd., Datuk Tay Yong Hock serta isteri, Datin Grace Toh.

SELESAI… Datuk Tay Yong Hock dan Datuk Paruwadi Musa (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu lain.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup dan Ketua PBB Ranting Samajaya, Datuk Paruwadi Musa.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Datuk Tay berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban golongan sasar yang terlibat.

“Untuk makluman semua, ini merupakan tahun kedua kami dari Ma Hung Foodstuff Sdn. Bhd. menganjurkan program seumpama ini.

“Kami memilih untuk meneruskan tradisi ini kerana kami percaya bahawa kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini adalah waktu terbaik untuk kita saling membantu dan mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang,” ujar beliau sambil menyatakan ia merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikatnya.

Sebanyak 200 bungkus beras seberat lima kilogram dan 200 bungkus gula seberat satu kilogram diagihkan kepada 150 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf serta ibu tunggal di kampung terbabit.

Selain agihan barangan keperluan tersebut, mereka yang hadir turut menerima bubur lambuk yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU