ARTIKEL

Surat terbuka minta penyelidikan AI direhatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk, bersama-sama beberapa pemimpin dunia dalam teknologi, meminta penyelidikan melulu kecerdasan buatan (AI) diberi tempoh rehat sementara. 

Permintaan ini terkandung dalam surat terbuka yang ditandatangani oleh lebih 1,300 orang.

Mereka yang menandatangani surat yang dikeluarkan di Future of Life Institute ialah pemimpin syarikat teknologi, profesor dan penyelidik.

Menurut surat berkenaan, rehat penyelidikan harus digunakan untuk sistem AI “lebih berkuasa daripada GPT-4.” 

Surat itu juga berkata, pakar bebas harus menggunakan rehat yang dicadangkan untuk bersama-sama membangun dan melaksanakan set protokol biasa untuk alat AI yang selamat tanpa kompromi.

Surat itu meminta kerajaan campur tangan dan mewujudkan moratorium untuk membolehkan pembangunan AI dihentikan sementara.

Surat itu datang dua minggu setelah pengumuman GPT-4 oleh OpenAI. 

GPT-4 sendiri ialah versi teknologi yang lebih berkuasa di sebalik alat chatbot AI ChatGPT.

OpenAI, Microsoft dan Google berada di barisan hadapan trend ini. 

IBM, Amazon, Baidu dan Tencent juga sedang membangunkan teknologi serupa.

BERITA LAIN

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum

Teknologi rapat jurang kaunseling

DUNIA sedang berubah. Cara manusia bekerja, berkomunikasi dan mendapatkan maklumat turut berubah. Tanpa kita sedari, cara manusia mendapatkan sokongan emosi juga sedang berubah. Telefon pintar,

BERITA TERBARU