ARTIKEL

Surau Darul Ehsan lancar Tabung Makanan Setulus Kasih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Ehsan Kampung Badong melancarkan Tabung Makanan Setulus Kasih selaras dengan matlamat untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.

Pengerusi Surau, Abang Shamsure Abang Wahab berkata, tabung itu menyediakan makanan asas seperti gula, beras, minyak masak dan lain-lain lagi bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

Kesemua makanan itu katanya, adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul untuk diagihkan kepada mereka yang layak.

“Ini merupakan salah satu lagi usaha kita untuk merapatkan jalinan silaturahim antara surau dan masyarakat. Selain itu, kita juga ingin membantu golongan kurang berkemampuan terutama golongan asnaf mendapatkan makanan asas secara percuma.

“Saya berharap usaha ini memberi kesedaran kepada orang ramai di samping mampu menyemai amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Surau Darul Ehsan aktif menganjurkan program.

Sehubungan itu beliau berkata, jawatankuasa pengurusan surau amat mengalu-alukan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan.

Menurutnya, penderma juga boleh menyumbang makanan asas dengan meletakkannya di atas rak yang disediakan.

“Kita mengambil pendekatan ini kerana melihat fungsi surau boleh dikembangkan bukan hanya sebagai tempat ibadat tetapi sebagai platform untuk membantu mereka yang dalam kesusahan,” jelasnya.

Gimik pelancaran surau disempurnakan Pegawai Agama Islam Daerah Daro, Mohd Zarin Bolhassan.
Hadir sama, Ketua Kampung, Haslimi Hassan.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha