ARTIKEL

Suri rumah rugi RM6,000 ditipu tawaran kerja sambilan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang suri rumah menanggung kerugian RM6,000 setelah tertipu dengan sindiket kerja sambilan dalam talian. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berumur 40-an itu pada semalam.

Katanya, mangsa telah berhubung dengan suspek menerusi Facebook Messenger setelah melihat iklan kerja sambilan di laman media sosial tersebut.

“Mangsa kemudiannya menghubungi suspek menerusi Whatsapp dan diterangkan berkenaan kerja sambilan dalam talian dan mendaftar kerja melalui laman sesawang yang diberikan iaitu https://blackmartappstore.com. 

“Mangsa telah diarah melakukan tugasan-tugasan seperti memberikan rating kepada barangan yang terdapat dalam laman sesawang tersebut dan ada juga memerlukan pembayaran dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, mangsa telah diarahkan untuk membuat pembayaean bagi melakukan tugasan dengan dijanjikan wang akan dikembalikan bersama-sama komisen daripada tugasan tersebut.

Katanya, mangsa telah memindahkan wang ke dalam empat akaun berbeza sejak 19 Oktober sehingga 21 Oktober yang lalu.

“Pada mulanya transaksi pertama mangsa ada menerima pulangan dan komisen namun bagi transaksi yang kedua hingga ketujuh, mangsa tidak lagi menerima sebarang komisen,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dirinya diperdaya selepas suspek memberikan pelbagai alasan apabila mangsa ingin mengeluarkan wang komisen tetapi wang komisen yang ternyata dalam laman sesawang tersebut tidak dapat dikeluarkan.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU