Suspek rogol gadis OKU ditahan

SERIAN: Seorang remaja yang dikehendaki kerana merogol seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) sudah ditahan.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandi Anis berkata suspek berusia 17 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Jenan, di sini sekitar jam 11.10 malam semalam.

Perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa, 24, juga dari Kampung Jenan melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 18 Julai lalu.

Susulan itu, ibu mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, di sini pada 23 Julai lalu.

Aswandy dalam kenyataan semalam, berkata suspek merupakan jiran kepada mangsa dan telah merogolnya di rumah semasa ibunya tiada di rumah.

Beliau juga berkata keluarga mangsa tidak menyedarinya mengandung kerana tidak menunjukkan keadaan mengandung sehinggalah dia beranak.

Katanya mangsa kini masih dirawat di HUS.

Kes disiasat mengikut Seksyen 476 Kanun Keseksaan.

Suara Sarawak