ARTIKEL

Suspek rompakan bersenjata di Pasar Raya Emart, batu kawa diberkas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Lelaki disyaki dalang kes rompakan bersenjata seorang wanita di Batu Kawa pada Ahad lalu berjaya diberkas polis, semalam.

Suspek dikesan berseorangan sekitar jam 6.10 petang di tepi jalan pesisir bandar baru Batu Kawa oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Padawan.

Menyedari kehadiran polis suspek bertindak melarikan diri menyebabkan berlaku kejar-mengejar di antara mereka dalam jarak 200 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, suspek berusia 45 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan dan kini ditahan reman hingga 25 Mac ini untuk tindakan lanjut.

“Hasil soal siasat suspek mengaku pergi ke lokasi kejadian untuk tujuan mencuri kereta.

“Gerakan mengesan rakan suspek dan barang kes masih dipergiatkan lagi. Ketika ditahan tiada rampasan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi