ARTIKEL

Susulan peningkatan kes di Pasar Sentral, pasar basah terbesar di Malaysia ini dilanjut tutup lima hari lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Penutup sementara Pasar Sentral Sibu akan dilanjutkan selama lima hari lagi setelah peningkatan kes positif dikesan di premis itu.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata, sebelum ini premis itu dijadualkan ditutup sementara dari 8 hingga 14 Februari ini dan dijangka dibuka semula pada Isnin ini iaitu 15 Februari ini.

“Setelah menerima laporan hari ini dari Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu bahawa terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di Pasar Sentral Sibu, MPS telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh penutupannya selama lima hari lagi berkuatkuasa 15 Februari sehingga 19 Februari,” jelas beliau.

Ting berkata, MPS akan mengkaji semula status operasi pasar tersebut apada 19 Februari.

Beliau meyakinkan bahawa keutamaan pihak majlis adalah kesihatan dan keselamatan semua penjaja dan orang awam amnya.

Oleh itu, tegas beliau MPS telah memutuskan bahawa semua penjaja di Pasar Sentral Sibu diwajibkan menjalani ujian saringan calitan COVID-19 di klinik kerajaan terdekat atau di pusat pandu lalu calitan yang
disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Sibu.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi