ARTIKEL

Timbalan Premier Datuk Amar pix: RAMIDI SUBARI

S’wak destinasi pelaburan utama, catat pelaburan RM10.4bil setakat Jun 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak kekal sebagai destinasi pelaburan utama setelah mencatat jumlah nilai pelaburan yang diluluskan sebanyak RM10.4 bilion setakat Jun 2024, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, nilai berkenaan jumlah pelaburan yang diluluskan, termasuk Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC).

“Jumlah tersebut membabitkan RM5.7 bilion pelaburan langsung asing (FDI) dan RM4.7 bilion pelaburan langsung domestik (DDI).

“Itu yang direkodkan di Sarawak setakat Januari hingga Jun tahun ini,” katanya ketika bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) Sarawak di Hotel Pullman di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mempertimbangkan cadangan memperbesar kawasan Industri Zon Bebas Sama Jaya.

Selain, turut mengusulkan cadangan supaya Pelabuhan Senari di Kuching dan Pelabuhan Miri dijadikan sebagai zon perdagangan bebas.

“Kita (Kerajaan Sarawak) sudah mencadang (usul zon bebas) dan saya berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan MITI kerana memberikan respons yang positif.

“Kita tumpukan perhatian kepada dua perkara ini dahulu (Pelabuhan Senari dan Pelabuhan Miri) kerana memang wujud keperluan yang sama seperti di Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Samalaju,” katanya.

Seterusnya, beliau turut membincangkan pembangunan hidrogen serta apa yang perlu diwujudkan dari segi ekosistem yang kondusif supaya dapat menarik pelaburan sama ada FDI atau DDI dalam pembangunan hidrogen ini.

“Seperti yang kita tahu, Sarawak sudah bekerjasama dengan syarikat daripada Jepun dan Korea untuk pembangunan hidrogen.

“Jadi, kita memerlukan insentif-daripada Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif, yang lebih menarik. Ini adalah satu tumpuan baharu yang boleh diberi perhatian,” katanya.

Sehubungan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan prestasi pelaburan di Malaysia menunjukkan pertumbuhan sebanyak 13 peratus untuk tempoh tiga bulan pertama 2024.

Katanya, ia menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Bagi suku kedua, kita akan umumkan selepas data diperoleh… selalunya diumumkan pada September,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU