ARTIKEL

S’wak tuntut teruskan projek tergendala

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAKYAT Sarawak sedar banyak projek di negeri ini yang pernah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak dilaksanakan sebaik sahaja pusat kuasa di Putrajaya bertukar tangan.

Sepanjang memerintah Malaysia 22 bulan, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan projek-projek tersebut termasuk projek besar yang sewajarnya diberi keutamaan demi kepentingan rakyat dan pembangunan jangka panjang negeri itu.

Hal ini mengecewakan bukan sahaja pemimpin kerana janji yang diberikan tidak tertunai dengan lancar, bahkan rakyat Sarawak kecewa kerana kepentingan mereka dan negeri terabai.

Pemimpin dan rakyat Sarawak sedar bahawa pembangunan tidak seimbang di wilayah Sarawak dan Sabah berbanding Semenanjung.

Justeru sewajarnya Kerajaan Persekutuan yang memerintah memperuntukkan belanjawan lebih besar untuk membangunkan negeri ini yang nyata ketinggalan – sama ada untuk rakyat bandar atau luar bandar lebih-lebih lagi di pedalaman.

Sarawak mempunyai peruntukan dan belanjawan sendiri untuk membangunkan negeri ini sebagaimana diluluskan Dun.

Namun menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk memperuntukkan belanjawan bagi projek pembangunan serta pendidikan.

Biar setia menunggu Kerajaan Persekutuan menjalankan tanggungjawabnya selama 22 bulan, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tetap tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Abang Johari dan jenteranya mengambil sikap bertanggungjawab meneruskan projek penting termasuk pembangunan infrastruktur seperti jambatan dan sekolah daif serta pembangunan luar bandar sambil berusaha mendapatkan kos secukupnya.

Kini, ketika kerajaan baharu di Putrajaya bertukar semula, Kerajaan Sarawak sedia menuntut lebih banyak projek untuk dilaksanakan di negeri ini seperti dijanjikan sebelumnya.

Abang Johari menegaskan Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinannya komited memastikan projek pembangunan khususnya projek jambatan dilaksanakan demi faedah rakyat di negeri ini.

Antaranya Jambatan Batang Rambungan, Kuching; Jambatan Batang Saribas, Betong; Jambatan Batang Krian; Jambatan Betong; Jambatan Kuala Kemena, Bintulu; Jambatan Batang Lassa, Mukah dan Jambatan Batang Paloh, Mukah.

Abang Johari selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Sungai Maong ke Segedup berkata, Kerajaan Sarawak menuntut lebih banyak projek daripada Kerajaan Persekutuan bagi menggantikan projek jambatan yang sudah dibatalkan.

Tentulah nilai projek dituntut sepadan dengan jumlah kos keseluruhan yang sudah dibiayai Kerajaan Negeri.

Setelah melihat semua hal yang berlaku, jelaslah betapa pentingnya negara mempunyai iklim politik yang stabil. Kini Sarawak fokus melaksanakan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sebahagiannya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan akur pada peruntukan Perlembagaan dan MA63.

Sementara sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, kepemimpinan Abang Johari tetap berusaha mencari alternatif ketika adanya halangan di hadapan.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha