S’wak United utamakan pemain lokal

SKUAD Sarawak United FC (SUFC) yang berwajah baharu tetap mengutamakan barisan pemain tempatan untuk mengharungi musim 2021.
Buktinya setakat ini, sembilan pemain tempatan telah disenaraikan iaitu, Ashri Chuchu, Tommy Mawat, Nor Shamie Iszuan, Saiful Waizizi Mohammad, Aquilla Abdul Rahim, Nor Azizi Ramlee, Abdul Rahim Abdul Razak, Alan Lagang Keryer dan Abdul Rahman Ismawi.
Manakala sembilan pemain import ialah Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), Taylor Regan, Sandro Mendoca, Lee Chang-Hoon, Amer Saidin, R. Gopinathan, Christie Jayaseelan, Zahrul Nizwan dan Mohd Nor Haziq Mohd Aris.
Menurut ketua jurulatih SUFC, E. Elavarasan, mereka akan terus mencari pemain tempatan berbakat, bagi melengkapkan senarai 22 atau 23 pemain.
Sekarang ini SUFC mempunyai 18 pemain, dan masih mempunyai beberapa kekosongan untuk diisi.
Malah Presiden SUFC, Datuk Posa Majais sebelum ini turut menjelaskan bahawa mereka tetap mengutamakan pemain tempatan, terutama pemain muda.
Katanya, ia adalah projek jangka pendek dan panjang SUFC, yang turut melantik jurulatih berpengalaman, B. Sathianathan sebagai Pengarah Teknikal.
SENARAI PEMAIN SUFC
PEMAIN TEMPATAN: Ashri Chuchu, Tommy Mawat, Nor Shamie Iszuan, Saiful Waizizi Mohammad, Aquilla Abdul Rahim, Nor Azizi Ramlee, Abdul Rahim Abdul Razak, Alan Lagang Keryer dan Abdul Rahman Ismawi.
PEMAIN IMPORT: Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), Taylor Regan, Sandro Mendoca, Lee Chang-Hoon, Amer Saidin, R. Gopinathan, Christie Jayaseelan, Zahrul Nizwan dan Mohd Nor Haziq Mohd Aris.

Suara Sarawak