ARTIKEL

Abdul Karim bercakap dalam sidang media pengumuman Interhash 2028 di Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Sweeper Sahaja Tidak Cukup, Perlu Pemantauan Menyeluruh Peserta Larian – Abdul Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kehadiran ‘sweeper’ atau individu terakhir dalam larian sahaja tidak mencukupi untuk menjamin keselamatan peserta larian denai dan aktiviti rekreasi hutan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, langkah keselamatan perlu diperkukuh susulan beberapa kes peserta sesat, terutama apabila aktiviti rekreasi luar semakin mendapat sambutan.

Katanya, penganjur perlu mempunyai sistem pemantauan yang lebih menyeluruh sepanjang laluan. Sekiranya hanya mengetahui jumlah peserta yang naik dan turun dari bas tidak menjamin kesemua peserta berada dalam keadaan selamat.

“Sebab itu perlu ada pemantauan di beberapa lokasi sepanjang trek supaya pergerakan peserta dapat dikenal pasti dan tindakan segera boleh diambil sekiranya berlaku kecemasan,” katanya dalam sidang media pengumuman Interhash 2028 di Baitulmakmur II, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh penganjur susulan beberapa insiden peserta sesat dalam acara larian denai dan pendakian.

Jelas Abdul Karim, peningkatan minat masyarakat dengan aktiviti rekreasi luar seperti larian denai, maraton dan pendakian merupakan perkembangan positif kerana ia mencerminkan kesedaran yang semakin tinggi dalam gaya hidup sihat.

Beliau berkata, Sarawak kini mempunyai beberapa acara maraton yang berdaftar di bawah Association of International Marathons and Distance Races (AIMS), menjadikannya antara negeri aktif menganjurkan acara larian di negara ini.

Jelasnya, keselamatan peserta adalah tanggungjawab bersama dan tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam penganjuran atau pengurusan aktiviti berkenaan.

“Kita tidak mahu ada peserta yang tertinggal atau hilang di dalam hutan. Tanggungjawab kita ialah memastikan mereka yang datang ke Sarawak untuk menyertai acara seperti ini dapat pulang dengan selamat,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU