ARTIKEL

Fatimah menerima kunjungan hormat SWWS hari ini.

SWWS adakan siri dialog bincang isu perkahwinan muda dalam masyarakat pribumi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertubuhan Wanita untuk Wanita Sarawak (SWWS) akan mengadakan beberapa siri dialog untuk membincangkan pandangan kontemprorari berhubung usia yang sesuai untuk perkahwinan dalam masyarakat pribumi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perbincangan itu akan melibatkan pemimpin masyarakat pribumi, wanita dan belia di Sarawak.

Melalui kerjasama, SWWS akan menyusun laporan mengenai pandangan semasa dalam masyarakat yang pelbagai berkenaan umur perkahwinan untuk mendalami kefahaman tentang isu ini dan cara menanganinya.

“Siri meja bulat dan bengkel akan dimulakan bulan depan dengan pengelibatan masyarakat Bidayuh.

“Seterusnya tahun ini sesi dialog akan diadakan di Sri Aman, Kapit, Miri, Long Lama dan Lawas dengan laporan dibentangkan dan diedarkan pada awal tahun 2026,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat SWWS di sini hari ini sambil menambah projek tersebut dibiayai Dana Kanada untuk Inisiatif Tempatan.

Kunjungan SWSS diketuai presidennya, Dr Agnie Garet, Naib Presiden Kimberly Tan dan ahli yang lain.

Fatimah berkata, dalam tradisi pribumi, umur tidak direkodkna maka tidak menghairankan bahawa adat pribumi yang berbeza tidak menyatakan sebarang umur di mana orang muda dibenarkan berkahwin.

Sebaliknya, beliau berkata, orang tua menggunakan kebijaksanaan mereka dengan beberapa adat menyatakan bahawa golongan muda harus dapat memenuhi harapan seorang yang sudah berkahwin, misalnya dapat menyara keluarga.

“Masyarakat bagaimanapun telah berubah dan kebiasaannya menggalakkan golongan muda untuk kekal dalam pendidikan, sekurang-kurangnya tingkatan lima dan seterusnya supaya mereka boleh mencapai potensi mereka dan mencari pekerjaan yang melindungi mereka dan masa depan anak-anak mereka dari kemiskinan.

“Perubahan ini telah membawa kepada pertimbangan untuk menaikkan umur perkahwinan di bawah undang-undang sivil kepada 18 tahun daripada peruntukan sedia ada apabila beberapa perkahwinan yang lebih muda dibenarkan dengan kebenaran ibu bapa atau negeri,” katanya.

Jelasnya, undang-undang sivil hanyalah satu daripada sistem perundangan yang berkaitan dengan Sarawak.

Tambahnya, terdapat juga undang-undang Syariah dan banyak Undang-undang Adat Anak Negeri dengan Undang-undang Anak Negeri yang tidak difahami dengan baik di luar Sarawak apabila undang-undang masuk Malaysia dibincangkan.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai projek itu dialu-alukan untuk menghubungi SWWS di info@sarswws.com atau teks 0138044285.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU