ARTIKEL

Syafiq Ridhwan, Siti Safiyah muncul naib juara kejohanan boling terbuka Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain boling kebangsaan, Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul naib juara pada Kejohanan Boling Terbuka Filipina kali ke-4 di Manila, semalam.

Syafiq, 36, yang mara ke final sebagai pilihan utama, tewas 175-248 kepada Darren Ong dari Singapura.

Seorang lagi pemain, Ahmad Azriq Izamudin menduduki tempat ketiga selepas kalah 203-279 kepada Darren pada separuh akhir.

Sementara itu, pada peringkat akhir wanita, Siti Safiyah kehilangan gelaran kepada wakil tuan rumah Marie Alexis Sy, selepas tumbang 216-279.

Pemain berusia 32 tahun itu mara ke final selepas menyingkirkan pemain Singapura Jazreel Tan Shi Hua 209-191.

Pada Jumaat, pemain muda negara Syabil Azam Syamsul Azam dan Nurul Anis Nabila Nizam masing-masing merangkul gelaran terbuka remaja lelaki dan wanita. – BERNAMA

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU