(Khas buat Leftenan Jeneral Dato’ Dr Zulkefli Mat Jusoh)
Amboi tuan lampai bergaya,
Manis senyuman ser cahaya,
Gerun dipandang bertatap mata,
Namun hatinya lembut nan mesra.
Maksud namamu pemilik janji,
Pangkalan Limbongan lahirnya diri,
Insan terpilih lulusan MTD,
Meneraju Kor tangkas berani.
Duhai tuan pemimpin budiman,
Berkedak jaga demi angkatan,
Gagah perkasa teguh pendirian,
Menyatu suara bina kekuatan.
Pesonamu tuan laksana bintang,
Menghirup nama KKD terbilang,
Tidak dihirau ran au mendatang,
Ditepis jauh segala petualang.
Tekun dan tegas pegangan tuan,
Biar digegar badai dan taufan,
lulus dan ikhlas tiang amalan,
Bukan sekadar kejar sanjungan.
Pabila menegur ibarat abi,
Membentuk kami insan bestari,
Ada mengata ada membenci,
Sesekali tuan tidak peduli.
Bagaikan bulan di malam hari,
Tuan penerang laluan kami,
Kala tersungkur disuluh rapi,
Supaya tidak terpesong lagi.
Selesai sudah khidmat langkahmu,
Paluan berundur perwira dipalu,
Segala kenangan indah bertamu,
Diiringi doa sejahtera selalu.
Mohd Fadzly Miswan
Dengkil






