ARTIKEL

MEGHAN MARKLE bersama dengan suaminya, Putera Harry. AFP

Bapa mentua Putera Harry terkait jenayah seksual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FLORIDA: Thomas Markle, bapa kepada isteri Putera Harry, Meghan Markle, ditahan di Florida pada Jumaat atas tuduhan memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak, kata pihak berkuasa.

Markle, 82, ditutuh atas satu pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan dijadualkan menghadiri perbicaraan awal mahkamah di Tampa pada Jumaat, kata Pendakwa Raya AS Bill Essayli dalam satu kenyataan.

“Encik Markle ditutuh memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak, termasuk foto yang memaparkan dirinya bersama kanak-kanak perempuan ditemui di bawah umur.

“Pertuduhan ini sangat serius dan kami akan mengambil tindakan undang-undang persekutuan yang paling tegas terhadap Encik Markle,” kata Essayli.

Markle ditahan oleh ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada awal pagi Jumaat di tempat tinggalnya di Lakeland, Florida.

Jabatan Kehakiman menyatakan bahawa Markle didakwa menyimpan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), termasuk foto eksplisit secara seksual dirinya bersama kanak-kanak perempuan sebelum akil baligh, di dua unit simpanan di kawasan Los Angeles yang disewanya selama hampir dua dekad.

“Di dalam unit-unit tersebut, ejen telah merampas kira-kira 78 barangan, termasuk slaid, negatif filem dan buku yang mengandungi bahan yang disyaki CSAM,” katanya.

Markle berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Gambar penderaan seksual kanak-kanak juga didakwa ditemui di bekas kediaman Markle di Filipina dan di sebuah unit simpanan yang disewanya di Mexico.

Tabloid British, The Sun, melaporkan bulan lalu bahawa anak lelaki Markle, Thomas Markle Jr, telah menemui imej penderaan seksual kanak-kanak itu semasa memeriksa kotak-kotak yang ditemui di bekas kediaman bapanya di Filipina.

Markle pernah menetap di Cebu, Filipina, sebelum dilaporkan kembali ke Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun ini.

Meghan Markle menyatakan pada bulan lalu bahawa beliau amat tertekan dengan tuduhan bahawa bapanya memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak.

Beliau berkata, beliau telah menyekat sebarang hubungan antara bapanya dan anak-anaknya susulan tuduhan-tuduhan terdahulu yang membimbangkan serta meresahkan.

Harry, anak bongsu Raja Charles III serta adik kepada pewaris takhta Putera William, melangsungkan perkahwinan dengan bekas pelakon AS, Meghan, di Istana Windsor pada Mei 2018.

Pasangan tersebut telah meninggalkan Britain serta mengundurkan diri daripada tugas-tugas diraja pada tahun 2020, namun membuat kemunculan mejejut apabila kembali menetap di United Kingdom bersama dua anak mereka pada bulan Ogos lepas. -AFP

BERITA LAIN

Suspek keempat skandal intipan Prabowo dikenal pasti

JAKARTA: Polis Indonesia telah menamakan pegawai kanan keempat sebagai suspek dalam dakwaan pengintipan talian telefon terhadap Presiden Prabowo Subianto, ketika pihak berkuasa terus menyiasat motif

Google berdepan saman cubaan bunuh diri remaja

SAN FRANCISCO: Ibu bapa kepada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah memfailkan saman terhadap Google. Mereka mendakwa anak perempuan mereka telah merancang percubaan membunuh

BERITA TERBARU

Pulau Mawar syurga pelancongan

PULAU Mawar yang terkenal dengan keunikan formasi batuan semula jadi menyerupai pintu gerbang digelar sebagai Heaven’s Gate, berpotensi diketengahkan sebagai tarikan pelancongan berasaskan alam semula

Ismail Izzani warnai konsert LANY

KEMUNCULAN penyanyi tempatan, Ismail Izzani, bersama kumpulan pop alternatif dari Amerika Syarikat, LANY, menerusi lagu Stuck menjadi antara momen istimewa pada konsert LANY: The World