ARTIKEL

Foto Instagram | Lany

Ismail Izzani warnai konsert LANY

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMUNCULAN penyanyi tempatan, Ismail Izzani, bersama kumpulan pop alternatif dari Amerika Syarikat, LANY, menerusi lagu Stuck menjadi antara momen istimewa pada konsert LANY: The World Tour 2026 di Unifi Arena, Kuala Lumpur, pada 1 November lalu.

Kolaborasi itu menyaksikan Ismail berkongsi pentas dengan kumpulan berkenaan, sekali gus memberikan sentuhan tempatan kepada persembahan yang menghimpunkan peminat LANY di ibu negara.

Konsert itu turut menampilkan penyanyi Maisy Kay sebagai artis pembuka sebelum LANY meneruskan persembahan dengan rangkaian lagu daripada repertoir mereka.

Sebanyak 22 lagu dipersembahkan sepanjang konsert itu, bermula dengan Prettiest Thing I’ve Ever Seen, diikuti anything 4 u, Malibu Nights, XXL dan ILYSB.

Persembahan diteruskan dengan Thru These Tears, Alonica dan When Did You Stop Loving Me? sebelum LANY berbandingan dengan Ismail menerusi Stuck, yang menjadi antara tarikan utama malam berkenaan.

Selepas kolaborasi itu, LANY meneruskan persembahan dengan Know You Naked, Thick and Thin, ‘Cause You Have To dan Make Me Forget.

Kumpulan itu kemudian mempersembahkan you!, I Don’t Wanna Love You Anymore, 13, Destiny dan Soft, sebelum melengkapkan senarai persembahan dengan dna, Sound of Rain, pink skies serta Why.

Kepelbagaian lagu yang dibawakan memberikan peluang kepada peminat untuk menikmati karya LANY secara langsung, manakala kemunculan Ismail menerusi Stuck menambah elemen kejutan kepada konsert berkenaan.

Penganjuran LANY: The World Tour 2026 di Malaysia turut memperlihatkan hubungan berterusan kumpulan itu dengan peminat tempatan yang berpeluang menyaksikan sendiri persembahan mereka di pentas Unifi Arena.

BERITA LAIN

Danny X-Factor masih hadkan aksi lasak sembilan bulan

KUALA LUMPUR: Hampir sembilan bulan selepas pembedahan sciatica, penyanyi dan pelakon Danny X-Factor masih perlu mengehadkan aktiviti fizikal, termasuk mengelak aksi lasak, sehingga turut menjejaskan

DR FIE buka lembaran hidup baharu

PERSONALITI media sosial, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie, 36, kini membuka lembaran baharu dalam kehidupan apabila sah bergelar isteri

BERITA TERBARU

Bapa mentua Putera Harry terkait jenayah seksual

FLORIDA: Thomas Markle, bapa kepada isteri Putera Harry, Meghan Markle, ditahan di Florida pada Jumaat atas tuduhan memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak, kata pihak berkuasa.

Pulau Mawar syurga pelancongan

PULAU Mawar yang terkenal dengan keunikan formasi batuan semula jadi menyerupai pintu gerbang digelar sebagai Heaven’s Gate, berpotensi diketengahkan sebagai tarikan pelancongan berasaskan alam semula