ARTIKEL

Syamsul Yusof kembali aktif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof, kembali mencuri perhatian apabila dilihat berada di set penggambaran melalui perkongsian Instagram-Story, baru-baru ini.

Syamsul, 40, baru melalui fasa perceraian dengan Ira Kazar, tidak mendedahkan butiran lanjut projek penggambaran tersebut.

Syamsul memilih lagu popular Hindustan, Gerua dari fi lem Dilwale sebagai muzik latar, membangkitkan spekulasi projek terbaharunya yang mungkin berinspirasi elemen Bollywood.

Selain itu, bekas suami Ira Kazar ini turut berkongsi video dirinya di dalam kereta — mungkin memberi gambaran perjalanan peribadinya yang penuh liku.

Baru-baru ini, Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu selepas mahkamah mendapati pelanggaran taklik dilakukan sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

Perjalanan hidup Syamsul penuh kontroversi juga melibatkan penceraian dengan isteri pertama, Puteri Sarah, pada 14 Jun tahun lalu.

Kini, peminat dan penggiat industri ternanti-nanti karya terbaharu yang bakal dihasilkan oleh pengarah ini.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU