ARTIKEL

Awang Tengah ketika berucap pada Konvensyen Khas PBB Zon Utara.

Syarikat Bumiputera Sarawak bakal disenaraikan di Bursa Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah syarikat Bumiputera Sarawak dari Miri yang terbabit dalam industri minyak dan gas bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada Isnin ini, mencerminkan peningkatan penyertaan syarikat tempatan dalam sektor korporat.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perkembangan itu selari dengan agenda kerajaan negeri memperkukuh pembangunan ekonomi Bumiputera, khususnya dengan meningkatkan penglibatan usahawan tempatan dalam sektor berimpak tinggi.

“Isnin ini ada sebuah syarikat yang terlibat dalam minyak dan gas, syarikat Bumiputera orang kita dari Miri, akan disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

“Ini adalah agenda kita untuk membangunkan ekonomi Bumiputera dan inilah asas perjuangan kita membangunkan golongan usahawan dan peniaga dalam kalangan syarikat Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Zon Utara di Stadium Tertutup Miri, di sini, hari ini.

Menurutnya, penglibatan syarikat Bumiputera dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri strategik perlu terus dipertingkatkan bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Awang Tengah berkata Miri kembali mencatat sejarah apabila aktiviti pengeluaran minyak di daratan dilaksanakan semula selepas hampir 50 tahun.

Katanya, sebuah medan minyak kecil di Miri kini menghasilkan lebih 800 tong minyak sehari, manakala PETROS bersama Petra Energy Development Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti eksplorasi di kawasan berhampiran dengan sasaran pengeluaran pada tahun 2027.

“Penubuhan PETROS bertujuan meningkatkan penyertaan kita dalam sektor minyak dan gas. Inilah yang kita mahu pertahankan dan bangunkan,” katanya.

Beliau berkata Miri kini antara kawasan penting untuk pelaburan dalam sektor petrokimia, minyak dan gas, hidrogen, bahan api lestari, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), perdagangan karbon serta metanol.

Sementara itu, Bintulu turut berpotensi menarik lebih banyak pelaburan domestik dan asing selepas diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai antara Kluster Perindustrian Peralihan di Asia Tenggara, terutama dalam bidang ekonomi rendah karbon.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU