ARTIKEL

Jia Yunjian menyampaikan replika cek sumbangan CECCM kepada Abang Zainuddin.

Syarikat China prihatin, bantu mangsa banjir Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Dewan Perniagaan Perusahaan China di Malaysia (CECCM) telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBBB) bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di daerah ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi CECCM Cawangan Sarawak, Jia Yunjian, kepada Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey, yang mewakili Residen Bahagian Bintulu merangkap Pengerusi JPBBB, dalam satu majlis ringkas di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Menurut Jia Yunjian, sumbangan ini adalah hasil kutipan dana daripada syarikat-syarikat China yang beroperasi di Malaysia menerusi kempen derma kecemasan bertemakan “Bersama Mengharungi Cabaran, Menyampaikan Keprihatinan”.

“Syarikat China telah lama bertapak di Sarawak, dan kami bukan sekadar pelabur, tetapi juga rakan kepada rakyat tempatan. Kami akan terus membantu bagi mempercepatkan pemulihan kawasan yang terjejas,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sumbangan ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga lambang persahabatan erat antara syarikat China dan masyarakat setempat.

“Ibarat lalang diuji ketika angin kencang, persahabatan sejati teruji di saat kesusahan. Kami yakin dengan semangat rakyat Bintulu, mereka mampu bangkit membina kehidupan yang lebih baik,” tambahnya.

CECCM berharap sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan membantu usaha pemulihan agar kehidupan penduduk kembali stabil dalam masa terdekat.

Sementara itu, Abang Zainuddin, mewakili JPBBB, merakamkan penghargaan kepada CECCM atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.

Beliau berkata dana tersebut akan digunakan untuk menyediakan bantuan segera termasuk makanan, keperluan asas, dan kerja-kerja pemulihan di kawasan yang terjejas.

BERITA LAIN

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

BERITA TERBARU