ARTIKEL

Gambar hiasan

Syarikat didenda RM30,000 gagal lapor kemalangan maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah syarikat dikenakan denda RM30,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan gagal melaporkan kemalangan maut membabitkan dua pekerja warga Indonesia yang dihempap muatan kepingan kaca.

Kejadian mengorbankan kedua-dua pekerja itu berlaku di Jalan Kidurong pada 3 Januari 2025.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarikat berkenaan gagal mematuhi peraturan pelaporan kemalangan di tempat kerja.

Menurut kenyataan itu, syarikat terbabit gagal memaklumkan kejadian berkenaan dengan segera kepada pejabat JKKP terdekat serta tidak mengemukakan laporan kemalangan dalam tempoh tujuh hari seperti yang diwajibkan.

Pengurus syarikat hadir ke mahkamah dan mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan RM30,000.

Syarikat berkenaan didakwa mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan dan Pelaporan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 (NADOPOD 2004).

JKKP Sarawak menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana majikan yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Jabatan itu turut mengingatkan bahawa pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 penting bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

BERITA LAIN

Jambatan Bandar Lawas pacu pembangunan wilayah utara

LAWAS: Pembukaan Jambatan Bandar Lawas kepada orang awam mulai hari ini dijangka membuka lembaran baharu pembangunan daerah itu, khususnya menerusi peningkatan kesalinghubungan, kemudahan pergerakan penduduk

Tarikh mengundi berpotensi pengaruhi kerusi marginal

KUCHING: Penetapan 12 Disember sebagai hari pengundian berpotensi mempengaruhi keputusan di kerusi marginal, khususnya susulan kekangan kos perjalanan yang mungkin menghalang pengundi perantau pulang menunaikan

BERITA TERBARU