ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan perniagaan secara satu-satu dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatannya ke Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India. | Bernama

Syarikat India manfaat bakat dan infrastruktur digital Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Motherson Group dari India meneroka peluang mengembangkan perniagaan teknologi maklumat dan penyelesaian teknologi di Malaysia.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di New Delhi hari ini bagi meneroka kerjasama baharu.

Kumpulan itu, diketuai Presiden merangkap Ketua Pejabat Pengerusi Sanjay Mehta, berkongsi rancangan berkenaan. Namun, tiada maklumat terperinci diberikan.

Menurut Bernama Motherson Group, yang beribu pejabat di Delhi, merupakan syarikat global dalam reka bentuk, kejuruteraan dan pembuatan.

Dikenali juga sebagai Samvardhana Motherson International Ltd, syarikat itu antara pembekal automotif terkemuka dunia.

Kumpulan itu mengendalikan lebih 425 kemudahan di 47 negara dengan lebih 200,000 pekerja.

Motherson ialah antara empat syarikat yang mengadakan pertemuan perniagaan dengan Anwar, yang berada di India untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU