ARTIKEL

Syed Nizamuddin Khassim

Syed Nizamuddin ukir nama di Universiti Oxford sebagai pelajar terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Anak tempatan Syed Nizamuddin Khassim berjaya mengukir nama di Universiti Oxford sebagai salah seorang daripada dua pelajar terbaik kohort 21 pelajarnya.

Pelajar kelahiran Kuching ini merupakan antara penerima Biasiswa Yayasan Khazanah-Oxford Pusat Pengajian Islam (OXCIS) dan berjaya menamatkan kursus dalam Sarjana Pengajian Diplomatik.

Syed Nizamuddin berjaya menyiapkan disertasinya yang bertajuk ‘Diplomasi Subnasional di Malaysia: kes Sarawak’, yang dikemukakannya lebih awal daripada tarikh sepatutnya pada September tahun ini.

Kajian ini memberi tumpuan kepada kesan kerjasama Sarawak dan antarabangsa dengan peningkatan identiti subnasionalnya.

Ia telah diterima untuk dibentangkan di Persidangan Persatuan Pengajian Asia Tenggara (ASEAS) 2023 yang akan diadakan di Universitas Indonesia, Jakarta dari 27 hingga 30 November.

Menurut Syed Nizamuddin, kajian itu merupakan kajian pertama yang mendalami persilangan identiti dan diplomasi subnasional Malaysia, khususnya di Sarawak.

Malah, Pengarah Program Pengajian Diplomatik Dr. Yolanda Kemp Spies berkata, kecemerlangan tersebut adalah kategori pencapaian tertinggi, dan sangat jarang diperoleh oleh mana-mana pelajar.

Oxford merupakan institusi yang memiliki standard kecemerlangan akademik yang tertinggi menakrifkan merit pada 65 peratus adalah cemerlang, manakala 70 peratus adalah merupakan merit yang paling sukar diperoleh.

Tahap itu juga dianggap sebagai penghormatan tertinggi yang boleh dicapai oleh pencalonan pascasiswazah dalam sistem British.

BERITA LAIN

SKS 2026 Sri Aman sasar lebih 100,000 pengunjung

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman membuka tirainya hari ini di Kompleks Sukan Sri Aman dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kepada

BERITA TERBARU

SKS 2026 Sri Aman sasar lebih 100,000 pengunjung

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman membuka tirainya hari ini di Kompleks Sukan Sri Aman dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kepada