ARTIKEL

BERSEMANGAT… Pemain SYFA 'A' bergambar bersama ahli keluarga masing-masing menjelang pusingan akhir Karnival Futsal Milo 'Hidup Bola' 2026.

SYFA ‘A’ sedia hadapi pusingan akhir Karnival Futsal Milo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Barisan pemain SYFA ‘A’ kini siap sedia untuk mengharungi pusingan akhir Karnival Futsal Milo ‘Hidup Bola’ 2026 yang akan berlangsung di Gombak, Selangor pada 25 Julai ini.

Semangat pemain semakin meningkat menjelang pusingan akhir tersebut.

Pengurus pasukan, Ramelan Jamer berkata, persiapan pasukan kini berjalan lancar dan semua pemain berada dalam keadaan sangat bersemangat.

“Kita sudah bersedia untuk mengharungi pusingan akhir itu. Pemain berada dalam keadaan sangat bersemangat,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Pagi tadi berlangsung majlis penyerahan bendera akademi dan jersi rasmi pasukan yang turut dihadiri ahli keluarga pemain.

Ramelan berharap pemain dapat mengekalkan prestasi terbaik sepanjang karnival tersebut.

Beliau turut mewakili pasukan merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan kepada SYFA ‘A’.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU