ARTIKEL

Syria Lancar Mata Wang Baharu Pada 1 Jan – Gabenor Bank Pusat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DAMSYIK: Syria dijadual memperkenalkan mata wang nasional baharu mulai 1 Jan 2026, umum Gabenor Bank Pusat Syria Abdulkader Husarieh, pada Khamis, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).


Husarieh menyifatkan langkah itu, yang diperincikan dalam Dekri No. 293 tahun 2025, sebagai “peristiwa penting negara” serta permulaan fasa ekonomi dan kewangan baharu bagi negara itu.


Di bawah dekri berkenaan, Bank Pusat diberi kuasa untuk menetapkan garis masa dan lokasi bagi pertukaran mata wang, katanya sambil memberi jaminan yang proses itu akan berjalan lancar dan teratur.


Beliau berkata prosedur berkenaan akan diterangkan secara jelas dan telus dalam satu sidang media khas, bertujuan meningkatkan keyakinan orang ramai dan memperkukuh kerjasama antara bank dan rakyat.


Mengulas kepentingan mata wang baharu itu, Husarieh berkata ia melambangkan kedaulatan kewangan Syria selepas pembebasan serta mewakili satu langkah ke arah kestabilan dan pembangunan ekonomi.


Beliau berkata inisiatif itu adalah pencapaian nasional yang dibina berasaskan kejayaan pascapembebasan negara dan dilaksanakan melalui usaha bersepadu Bank Pusat bersama beberapa sektor berkaitan. – BERNAMA-SANA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha