ARTIKEL

Syukur kami dapat pulang beraya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pelbagai subsidi disediakan Kerajaan GPS merupakan bukti Kerajaan Sarawak sangat peka dan prihatin dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Tidak ketinggalan bantuan kepada golongan pelajar melalui Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) kepada anak Sarawak sedang melanjutkan pelajaran di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk balik ke Sarawak pada musim perayaan.

Malah pengumuman berita gembira oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Sarawak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Jumaat lepas meneruskan pemberian i-GPS RM300 sebanyak dua kali disifatkan pemberian amat bermakna.

Rata-rata pelajar dan ibu bapa menyifatkan Kerajaan GPS amat prihatin terhadap keadaan rakyat khasnya golongan pelajar negeri ini.

Penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Luqman Hakim Sulaiman, 21 berkata, pemberian subsidi tersebut amat bermakna kerana tidak semua pelajar mampu balik merayakan hari perayaan bersama-sama keluarga masing-masing disebabkan kekangan kewangan.

“Berikutan harga tiket kapal terbang tinggi terutamanya pada musim perayaan menyebabkan tidak semua pelajar mampu untuk membelinya.

Baca lain  Jangan rentas daerah

“Terima kasih kepada Ketua Menteri untuk bantuan subsidi diumumkan. Pemberian ini bukan sahaja memberikan kegembiraan kepada kami para pelajar tetapi juga kepada keluarga kami kerana menyambut Hari Raya bersama-sama keluarga di kampung halaman,” jelasnya berasal dari Kota Samarahan.

Bagi Cynthia Emmelda Jerry, 21 pelajar undang-undang UKM dari Kuching, pemberian subsidi berkenaan dapat meringankan beban sekali gus memberi kelegaan kepada ibu bapa dan pelajar.

“Syukur. Dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa saya untuk membeli tiket untuk pulang menyambut Gawai tidak lama lagi.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana prihatin dan sering mendengar rintihan anak Sarawak sedang mencari ilmu di perantauan. Terima kasih sekali lagi,” jelasnya.

Manakala David Bakit, 21, pelajar jurusan Kejuruteraan UKM dari Saratok, melihat pemberian insentif berkenaan dapat membantu kebajikan pelajar sedang mencari ilmu di negeri lain.

“Sebagai seorang anak jati Sarawak yang belajar di Semenanjung, saya sangat berbesar hati di atas keprihatinan terhadap anak Sarawak yang merantau di negeri orang untuk memperolehi kejayaan dan menjadi pemangkin untuk kemajuan Bumi Kenyalang.

Baca lain  Pusat Sains bina generasi inovatif

“Kami berharap dapat pulang dengan kejayaan besar dan membalas budi kerajaan dengan berbakti kepada tanah air apabila tamat pengajian kelak,” katanya.

Bagi ibu kepada anak sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Maria Semon 61, pemberian insentif itu sangat-sangat membantu dalam suasana ekonomi buat masa ini.

“Pemberian subsidi mampu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa untuk melihat anak-anak balik ke kampung halaman masing-masing pada musim perayaan,” katanya.

Bukan itu sahaja, terdapat pelajar keluarga kurang mampu terpaksa mencari kerja separuh masa demi mencari belanja sendiri untuk membiayai tiket kapal terbang untuk balik ke kampung halaman semasa perayaan.

“Wajar pemberian subsidi i-GPS dilaksanakan bagi meringankan beban anak-anak sedang menuntut ilmu di tempat orang,” jelasnya.

Sementara itu, ibu kepada anak menuntut di Universiti Putra Malaysia, Aminah Sepawi, 58, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dengan pemberian subsidi tersebut

BERITA LAIN

Mayat penyelam ditemui terapung

MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari

Duit sewa rumah boleh disimpan

DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan

Tegas tegur penumpang

KUCHING: Tragedi feri Triso yang berlaku pada hari pertama tahun ini menggemparkan seluruh negara apabila mengorbankan sembilan mangsa sekali gus dengan paling muda berusia empat

Pengalaman berharga wartawan pelatih

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,