SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Tabika di Kampung Muara Tebas berisiko diancam tanah runtuh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Terdedah kepada risiko tanah runtuh yang mengancam keselamatan, terutama kanak-kanak yang bersekolah di sebuah tabika di Kampung Muara Tebas.

Hujan lebat, serta limpahan air deras yang turun dari bukit, membawa bersama tanah, batu dan serpihan kayu di dalam parit, sekali gus menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Keadaan limpahan air deras merisaukan penduduk tempatan

Keadaan itu membangkitkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa, kerana khuatir perkara tidak diingini berlaku sekiranya tiada tindakan drastik diambil.

Menurut Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Muara Tebas Hamzah Buang, 55, ia dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan di atas bukit kampung berkenaan.

Keadaan limpahan air deras merisaukan penduduk tempatan

“Sabtu lepas, saya tidak mengambil tindakan dengan pihak berkaitan kerana saya merasakan bahawa ia masih dalam keadaan terkawal. Tetapi, pagi ini air terlampau deras dari atas bukit.

“Saya selalu pengerusi tabika ini juga telah mendapat makluman bahawa air yang terlampau deras membimbangkan ibu bapa dan sekolah ini menempatkan seramai 86 orang kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di Kampung Muara Tebas.

Baca lain  Berbasikal sambil beramal

Selain itu, Norziena Seriaei, 39, ketika ditemui berkata dia sangat risau kerana keadaan hujan yang semakin lebat dan bimbang tanah yang semakin susur.

Justeru itu, dia berharap agak pihak yang berkaitan boleh memindahkan penempatan sekolah ini ke kawasan yang lebih selamat.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru