ARTIKEL

Rubiah menyempurnakan perasmian Hari Apresiasi Tadika KEMAS Parlimen Kota Samarahan 2026.

Tabika Tunas Istimewa baharu dibuka di Sebandi Ulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kanak-kanak autisme di Sebandi Ulu bakal mendapat akses pendidikan awal lebih bersesuaian menerusi pembukaan sebuah Tabika Tunas Istimewa baharu di kawasan itu tahun depan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata, pusat berkenaan merupakan sebahagian daripada perancangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk membuka 28 Tabika Tunas Istimewa baharu di seluruh Sarawak.

Katanya, inisiatif itu bertujuan menangani kekurangan kemudahan pendidikan awal khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas, terutama di kawasan luar bandar.

BERCAKAP…Rubiah ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Apresiasi Tadika KEMAS Parlimen Kota Samarahan 2026 di Dewan Pertubuhan Peladang, hari ini.

“Pusat pendidikan swasta mengenakan yuran bulanan sekitar RM600 hingga RM700, sekali gus membebankan keluarga berpendapatan rendah.

“Justeru, usaha ini bertujuan memastikan kanak-kanak autisme tidak tercicir daripada mendapat pendidikan awal yang bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Apresiasi Tadika KEMAS Parlimen Kota Samarahan 2026 di Dewan Pertubuhan Peladang, di sini, hari ini.

Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, sebelum ini, sebahagian kanak-kanak autisme ditempatkan di tabika KEMAS biasa, namun pendekatan pembelajaran dalam kelas sama boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, guru di Tabika Tunas Istimewa diberikan latihan khusus serta bekerjasama dengan sekolah pendidikan khas bagi memastikan kanak-kanak berkenaan menerima bimbingan mengikut keperluan masing-masing.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tiga kanak-kanak daripada program berkenaan layak memasuki Tahun Satu tahun depan.

Katanya, kemasukan kanak-kanak autisme ke Tahun Satu bukan berdasarkan usia semata-mata, sebaliknya mengambil kira kemahiran yang dikuasai sepanjang mengikuti pembelajaran di tabika.

Tabika Tunas Istimewa pertama di Sarawak sebelum ini dibuka di Kampung Tanjung Bundong Fasa 3.

BERITA LAIN

Lapan usahawan B40 Mukah terima peralatan perniagaan

MUKAH: Seramai lapan usahawan berpendapatan rendah (B40) di Mukah menerima bantuan peralatan perniagaan bernilai RM5,000 setiap seorang menerusi Program Sejati MADANI bagi meningkatkan produktiviti dan

26 pegawai kanan PDRM Sarawak terima pangkat DSP

KUCHING: Kenaikan pangkat bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi perkhidmatan, malah menuntut komitmen dan integriti lebih tinggi dalam kalangan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi

BERITA TERBARU

Lapan usahawan B40 Mukah terima peralatan perniagaan

MUKAH: Seramai lapan usahawan berpendapatan rendah (B40) di Mukah menerima bantuan peralatan perniagaan bernilai RM5,000 setiap seorang menerusi Program Sejati MADANI bagi meningkatkan produktiviti dan

26 pegawai kanan PDRM Sarawak terima pangkat DSP

KUCHING: Kenaikan pangkat bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi perkhidmatan, malah menuntut komitmen dan integriti lebih tinggi dalam kalangan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi