ARTIKEL

Penderma pada kempen derma darah anjuran UNIFOR dan UKAS yang diadakan di pusat beli belah-Plaza Merdeka. | Foto Mohd Alif Noni

Tabung Darah HUS memerlukan penderma, pastikan bekalan darah cukup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) memerlukan penderma darah untuk menderma secara berterusan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

Menurut Pegawai Perubatan Tabung Darah Hospital Umum Sarawak Dr Lu Siew Ling berkata, bekalan darah untuk tabung darah ketika ini pada tahap yang selamat.

Bagaimanapun pihaknya masih memerlukan penderma untuk datang menderma secara berterusan.

“Kita tahu bahawa beg darah mempunyai tarikh luput, jadi kita memerlukan darah dikumpul setiap hari sekurang-kurangnya untuk dibekalkan kepada pesakit.

“Kita sekurang-kurangnya membekalkan sebanyak 75 beg sehari jadi, bermakna perlu mengumpul 75 beg untuk diberikan kepada pesakit,” katanya pada sidang media kempen derma darah anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di pusat beli-belah Plaza Merdeka, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Koporat, Penerangan dan UKAS Datuk Abdullah Saidol, Pengarah UNIFOR Datuk Jack Aman Luat dan Pengarah UKAS Samuel Simon.

Dalam itu Dr Lu berkata, pihaknya turut membekalkan darah bagi hospital swasta dan hospital daerah yang lain, justeru aktiviti menderma darah tidak boleh berhenti.

“Kita juga perlu memastikan mempunyai bekalan mencukupi agar dapat membekalkan ke hospital yang lain,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, tabung darah HUS dibuka pada hari Isnin sehingga Jumaat bagi mereka yang ingin menderma.

Kempen derma darah anjuran UNIFOR dan UKAS merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) dengan kerjasama Tabung Darah HUS dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd.

Penderma darah terdiri daripada penjawat awan Sarawak, ahli Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, Persekutuan Persatuan Kuil Sarawak, Pesatuan Wartawan Bahagian Kuching, Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak, Cawangan Hindu Sangam Sarawak Malaysia, Hotel Pullman Kuching, Persatuan Kuil Sikh Sarawak, Perhimpunan Rohani Baha’i Sarawak, Kuil Sri Maha Mariamman Kuching dan orang ramai.

Abdullah (tiga kiri) menyampaikan cenderhati kepada penerima sambil diperhatikan oleh Pengarah Eksekutif Plaza Merdeka Holding Sdn Bhd Datin Anriza Wong Cordero (kiri), Datuk Jack Aman Luat (dua kiri) dan Samuel Simon (empat kiri). | Foto Mohd Alif Noni

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU