KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keseluruhan agihan keuntungan berkenaan berjumlah RM2.92 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit TH.
“Kadar tersebut dicapai setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.5775 peratus (RM99.35 juta),” katanya pada sidang media pengumuman kadar agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2024, di sini hari ini.

Jerebu: Sekolah Wajib Tutup, Perhimpunan Awam Dihentikan Jika IPU Lebihi 200 – KKM
PUTRAJAYA: Semua institusi pendidikan termasuk sekolah dan taman asuhan kanak-kanak (taska) hendaklah ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 200, susulan kejadian jerebu berpanjangan

