ARTIKEL

‘Tak perlu memfitnah parti lawan’ – Yiak Chiong Wei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

YIAK CHIONG WEI….

BINTULU : Ketua Pemuda PDP Tanjong Batu, Yiak Chiong Wei menggesa calon DAP Chiew Chan Yew berkempen secara berhemah tanpa mengeliru dan memfitnah parti lawan terutama mengenai isu banjir.

Beliau mempersoal tindakan calon DAP Parlimen Bintulu yang acap kali membangkitkan isu banjir kilat setiap kali berkempen, namun, tidak pernah menyentuh mengenai pelan penyelesaian banjir dalam manifestonya.

“Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya sama ada serangan Chiew terhadap calon GPS Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing sebelum ini benar-benar gurauan atau secara tidak langsung mendedahkan pembohongan bapanya, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bintulu dan bekas ADUN Kidurong ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, ia jelas mencerminkan kritikan(Chan Yew) selama ini tidak ikhlas, sebaliknya, hanya untuk menjatuhkan dan bukan untuk bersama- sama berkongsi kaedah penyelesaian.

“Jadi, apa Chiew harapkan daripada pengundi jika hanya tahu mengkritik semata-mata namun gagal mencari jalan penyelesaian terhadap isu banjir?,” soalnya lagi.

Dalam pada itu, Yiak  turut mengingatkan Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling dan Chan Yew untuk mempelajari serta mendalami tatatertib ketika berkempen dan bukan memutar belit fakta bagi mengelirukan rakyat sekali gus menabur fitnah terhadap penyandang lima penggal kerusi Parlimen Bintulu itu.

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU