ARTIKEL

Dayang Noorazah

Tak Ramai Tahu Taman Negara Maludam – Dayang Noorazah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Taman Negara Maludam mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan utama di Sarawak, namun masih kurang dikenali dalam kalangan rakyat tempatan meskipun menerima kunjungan ramai pelancong asing.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, berdasarkan rekod Sarawak Forestry Corporation (SFC), taman negara berkenaan sering dikunjungi pelancong dari Korea Selatan, Jepun dan China yang tertarik dengan keunikan khazanah alam semula jadi.

Katanya, keadaan itu menunjukkan Taman Negara Maludam memiliki daya tarikan bertaraf antarabangsa, namun usaha promosi dalam kalangan masyarakat tempatan perlu dipertingkatkan.
“Kita akan menganjurkan program Maludam Explore Race Siri 3 pada Ogos ini bagi memperkenalkan taman negara ini kepada masyarakat serta mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB, di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini.

Menurut Dayang Noorazah, program berkenaan yang dianjurkan setiap dua tahun turut melibatkan kerjasama dengan sekolah bagi meningkatkan kesedaran generasi muda berkaitan kepentingan memelihara khazanah alam semula jadi negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap penganjuran program ini mampu meningkatkan jumlah pengunjung domestik, sekali gus merancakkan industri pelancongan dan ekonomi setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU