ARTIKEL

Takut dengan cctv, peragut beri semula telefon bimbit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tindakan seorang lelaki meragut telefon bimbit seorang wanita di hadapan sebuah kedai bersebelahan hotel di sini mengundang padah apabila dia diberkas polis, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 41 itu berjaya ditahan oleh anggota polis di sebuah hotel di sini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kejadian itu berlaku apabila mangsa yang berada di kawasan Mega hotel tiba-tiba didatangi suspek bertindak merampas telefon bimbit daripada tangannya pada jam 9.00 pagi.

Menurutnya, mangsa kemudian menjerit meminta tolong, namun gagal mendapat bantuan apabila tidak sesiapa berada di kawasan tersebut.

“Selepas itu, seorang lelaki tidak dikenali datang menawarkan bantuan dengan meminjam telefon bimbitnya untuk menghubungi ke nombor telefon milik mangsa.

“Lelaki itu menghantar mesej supaya memulangkan semula telefon yang diragut dengan mengatakan kawasan Mega Hotel mempunyai kamera litar tertutup (CCTV),” jelas Meng Seah.

Tambah beliau lagi, tidak lama selepas itu, mereka menerima mesej daripada nombor tidak dikenali yang memaklumkan telefon mangsa berada di sebuah bilik Hotel River Inn.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan bersama barang rampasan iaitu telefon bimbit jenama Samsung pada hari yang sama,” katanya.

Ujar Meng Seah, permohonan reman dilakukan terhadap suspek hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU