ARTIKEL

KEBAKARAN…Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran di lereng bukit berhampiran Gua Niah, hari ini

Taman Negara Niah ditutup sementara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Keadaan muka bumi yang berbatu dan curam di kawasan Gua Niah menyebabkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menggunakan helikopter Unit Udara bagi memadam kebakaran hutan yang dipercayai berpunca daripada sambaran petir.

Kebakaran yang dilaporkan pada jam 2 petang semalam berlaku di dua lokasi, iaitu lereng bukit berhampiran Traders Cave dan Kuala Hangus yang merupakan sebahagian daripada Gua Besar di Taman Negara Niah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah tiba di lokasi pada jam 2.07 petang sebelum menjalankan penilaian terhadap keadaan kebakaran.

“Anggota bomba terpaksa berjalan kaki hampir empat kilometer untuk tiba di lokasi kejadian melalui laluan berbatu dan curam sebelum mendapati kebakaran berlaku di puncak bukit batu kapur, sekali gus menyukarkan kerja pemadaman secara darat,” katanya dalam kenyataan.

PGO menambah, keadaan muka bumi yang mencabar menyebabkan operasi pemadaman tidak dapat dilaksanakan secara langsung.

Pasukan katanya hanya menjalankan pemantauan bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan lain.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati kebakaran tidak mengancam kawasan penempatan penduduk.

“Bagaimanapun, JBPM bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengambil keputusan menutup sementara Taman Negara Niah kepada orang awam sebagai langkah keselamatan, khususnya di laluan denai menuju Traders Cave.

“Susulan itu, JBPM memohon bantuan Unit Udara dan sebuah helikopter MI-17 digerakkan ke lokasi selepas mendapat kelulusan pada pagi ini bagi melaksanakan operasi pemadaman dari udara.

“Helikopter berkenaan memulakan penerbangan pada jam 2.40 petang dengan mengambil bekalan air dari Sungai Niah sebelum melakukan beberapa siri semburan ke kawasan kebakaran,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, operasi udara ditangguhkan pada jam 4.20 petang berikutan faktor keselamatan dan keadaan di lokasi.

Setakat ini katanya, kebakaran dianggarkan melibatkan kawasan seluas kira-kira empat ekar, dengan dua ekar berjaya dipadamkan manakala baki dua ekar lagi masih terbakar.

BERITA LAIN

DBKU rancang perluas jaringan bandar raya kembar

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang memperluas jaringan bandar raya kembar dengan beberapa kota di lima wilayah Kalimantan, Indonesia sebagai langkah memperkukuh kerjasama rentas

BERITA TERBARU

DBKU rancang perluas jaringan bandar raya kembar

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang memperluas jaringan bandar raya kembar dengan beberapa kota di lima wilayah Kalimantan, Indonesia sebagai langkah memperkukuh kerjasama rentas