ARTIKEL

Freepik.com

Taman Negara UNESCO di Argentina terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kebakaran pada Khamis lepas di Taman Negara Los Alerces Argentina, Tapak Warisan Dunia UNESCO dan kawasan sekitarnya, memusnahkan lebih 1,000 hektar kawasan (2,471 ekar), lapor Sputnik, memetik seorang pegawai taman itu pada Isnin.

Ketua Jabatan Kecemasan taman itu, Mario Cardenas, berkata kebakaran yang masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya itu menjejaskan ribuan ekar kawasan.

Lebih 250 anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan cemara Patagonian terbesar di Argentina atau Fitzroya, antara spesies pokok paling lama hidup di planet ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU